Bagaimana seorang yang berpendapatan serendah RM600 setiap bulan mampu berjaya didalam perniagaan hartanah? Jeng, jeng, jeng… saya pasti anda tertanya-tanya betul ke ni? atau saja bagi “title” gempak-gempak? hmm..
Jawapan saya, memang betul! dan saya akan tunjukkan caranya.
Sebelum ini mungkin ada diantara kita
yang merasakan industri hartanah bukanlah untuk mereka, kerana orang
yang berada didalam pelaburan ini adalah orang kaya dan paling-paling
pun mereka bergaji lumayan sebab itu mereka mampu membeli rumah atau
bungalow mahal-mahal. Ada pula yang mengatakan kalau nak berjaya dengan
industri ini kita kena berjaya dulu, lepas tu baru lah melabur didalam
hartanah. Ini bisnes orang kaya, orang yang cukup-cukup makan macam kita
ni mana ada peluang kat sini.
Pada mulanya saya juga berpendapat
begitu, tetapi setelah saya “ber-chating” dengan seorang usahawan dan
pelabur hartanah wanita ini saya mula merangka strategi untuk
mempraktiskannya. Pernah dengar kata-kata popular dibawah?;
“I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”
atau
“You have to think anyway, so why not think big?”
Jika anda pernah menonton siri
“Apprentice”, pasti anda kenal Donald Trump, Kata-kata diatas banyak
memberi inspirasi pada ramai usahawan untuk membina “mind set” usahawan
yang cemerlang. Jadi bermula pada hari ini mulakan sesuatu yang kecil
tetapi hasilnya akan menjadi sesuatu yang besar, biarlah ia mengambil
3,5 atau 10 tahun sekali pun. Yang penting anda dapat mencapainya.
Satu kes “study” dari seorang wanita
biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti
kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra
kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan
segalanya bermula pada akhir tahun 1998.
Pada waktu itu beliau mula memikirkan
bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar
dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang
berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar
dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.
Bagaimana kak ros menabung? Mungkin
ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros
menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau
perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes
kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat
tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu
memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan
perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung. Setiap
hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira
jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00
sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 ringgit.
Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 x 5 tahun = 31’500.00
ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan
yang dirasakan berbaloi.
Dari pandangan beliau hanya hartanah
sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada
satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat
dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah
lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.
Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa
melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang
sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk
penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang
dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk
dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya
dijual untuk hari raya korban.
Dari maklumat yang diberi, setiap ekor
kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56’000.00. Keuntungan
yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan
keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing.
Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli
perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes
ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi
setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah
menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.
Jadi mulalah kak Ros dengan wang
sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan
dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya
didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah
mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta
lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang
kebanyakkannya disewa.
Segala penat lelahnya kini telah
berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu.
Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya
tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus
berusaha itu harus diteladani.
“What? another success story?” biar betul nih!
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.
Semoga mendapat satu idea dan manfaat dari artikel ini. Insyaallah..
p/s: Terima kasih pada Kak ros yang sudi berkongsi kejayaan beliau dan teknik yang digunakannya.
Sumber - Drumah.com
No comments:
Post a Comment