Dunia ini penuh dengan risiko. Mahu tidak mahu kena kena ambil risiko tertentu supaya kita dapat melangkah ke hadapan.
Makan nasi pun adakalanya tergigit lidah atau tercekik tulang, tapi
itu bukan alasan untuk kita tidak mahu makan langsung, bukan?
Justeru, berdasarkan 4 sebab kenapa kita perlu melabur
kita perlu merancang pelaburan kita dengan bijak. Berikut adalah antara
senarai peluang pelaburan yang ada di hadapan tuan dan puan:
1. Produk deposit bank
Dahulu yang popular adalah akaun pelaburan mudharabah. Hari ini
bank-bank menawarkan structured investment product pula. Perbezaan utama
keduanya adalah produk berstruktur ini cuba untuk bagi pulangan lebih
dari biasa dari akaun pelaburan mudharabah. Kalau biasanya dapat 3%,
maka produk berstruktur cuba dapatkan 6%. Secara umumnya, produk deposit
yang ditawarkan oleh bank-bank adalah produk paling selamat dan paling
rendah pulangannya.
2. Hartanah
Pelaburan hartanah disukai orang kerana ia wujud secara nyata.
Kebanyakan orang tidak dapat memahami konsep ‘pelaburan kertas’ dengan
baik jadi hartanah merupakan satu peluang yang sangat sesuai untuk
mereka. Apa pun objektif pelaburan hartanah kita, pelaburan ini kurang
bersifat ‘cair’. Kalau kita perlukan duit segera, maka kita tak dapat
jual hari ini dan terus dapat duit.
3. Real Estate Investment Trust (REIT)
REIT dalam erti kata lain adalah pelaburan hartanah yang sama macam
pelaburan saham amanah. Bezanya, REIT hanya membeli hartanah-hartanah
sahaja.
4. Saham
Pelaburan yang paling popular. Hampir semua orang di Malaysia
memiliki saham sama ada secara langsung atau tidak. Ya, jika kita
mencarum KWSP itu bermaksud kita telah terlibat dengan pelaburan saham.
Pencen pesara kerajaan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen
juga terlibat dalam bursa saham.
Sehingga Jun 2011 Bursa Malaysia mengandungi 847 kaunter saham patuh Shariah yang mewakili 89% dari kesuluruhan kaunter.
5. Saham Amanah
Pelaburan saham yang dibuat dengan melantik pihak ketiga
menguruskannya untuk kita. Ada pelbagai syarikat yang ada. Ada pelbagai
jenis saham amanah.
Ya, setiap satu saham amanah adalah berbeza. Justeru, pelabur yang
baik akan mengambil tahu dana saham amanah yang mereka beli itu
sebenarnya melabur dalam saham yang bagaimana sifatnya. Kebaikan utama
saham amanah adalah dengan modal yang rendah, kita sudah boleh terlibat.
6. Exchange Traded Fund (ETF)
Variasi saham amanah. Tidak begitu popular di Malaysia. Sehingga Jun 2011 cuma ada 5 kaunter ETF dan cuma 1 yang patuh Shariah.
7. Komoditi Fizikal
Pelaburan komoditi fizikal yang sedang popular ketika ini adalah emas
dan perak. Mudah menjadi popular kerana ia melibatkan barang yang
nyata. Komoditi fizikal ini lebih kepada aktiviti bisnes justeru tidak
mempunyai peraturan yang ketat seperti ‘pelaburan kertas’. Oleh yang
demikian, ramai pihak mengambil kesempatan menawarkan skim penipuan.
Ingat, pelaburan komoditi tidak memberikan dividen! Apa-apa skim
pelaburan komoditi yang menawarkan dividen tetap adalah tanda pertama
itu adalah skim penipuan.
8. Komoditi ‘kertas’
Bahasa teknikalnya adalah commodity futures market. Di Malaysia, yang
popular adalah Crude Palm Oil Futures (FCPO) kerana ia adalah produk
Bursa Malaysia sendiri. Dengan teknologi yang ada, ramai yang dapat
terlibat dengan commidity futures yang ditawarkan oleh Chicago
Mercantile Exchange (CME) misalnya.
Potensi pulangan yang lumayan, dan potensi kerugian yang menakutkan
juga. Ho ho. Pergi jauh-jauh dari terlibat dengan produk sebegini kalau
KWSP beri dividen rendah pun dah marah-marah, atau pelaburan saham
amanah rugi sikit dah naik ‘tension’.
9. Derivatif selain komoditi ‘kertas’
Index futures, warrants dan options. Pasaran di Malaysia belum cukup matang, pelaburnya juga tidak begitu sophisticated. Jadi, produk sebegini juga kurang popular.
Tiada Pelaburan yang ‘Perfect’
Setiap satu produk pelaburan ada baik dan buruk. Tidak sempurna. Pasti ada untung rugi. Kena ada ilmu yang betul.
Walaupun berbeza jenis tapi prinsip pelaburan tetap sama.
Sumber - PakDi.Net
No comments:
Post a Comment