Thursday, September 20, 2012

Pelaburan Hartanah Tanpa Modal - Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Adakah Anda Benar-Benar Memahami Apa Itu Pelaburan Hartanah Sebenarnya?

Mari kita ‘back to basic’ atau dalam kata lain, kita kuatkan dulu ‘fundamental’, pengetahuan asas mengenai pelaburan hartanah ini.

Penting untuk anda benar-benar kuasai asas dan fahami apa itu sebenarnya pelaburan hartanah ini sebelum pergi lebih jauh.

Pelaburan hartanah ialah suatu pelaburan di mana anda membeli rumah atau premis perniagaan yang belum siap atau sudah siap pada harga yang lebih rendah.

Keuntungan yang bakal anda perolehi daripada pelaburan hartanah ini ada 2 iaitu:-

    1.    Samada melalui peningkatan nilai modal (Capital Gain) dengan cara anda menjual semula hartanah  tersebut pada harga jauh lebih tinggi daripada harga belian anda di masa hadapan.

    2.    Ataupun cara kedua ialah anda mengutip duit sewa setiap bulan daripada hartanah tersebut. Inilah mereka biasa panggil sebagai Residual Income atau Passive Income.

Mesti sekarang anda akan bertanya saya pula, bagus sangat ke pelaburan hartanah ni? Besar ke potensinya?

Ya, memang amat-amat BESAR potensi pelaburan hartanah ini. Pulangannya boleh menjangkau minimum 30% setahun. Mana ada pelaburan di Malaysia ini yang pulangannya sebegitu dalam masa setahun!

Klik Sini Untuk Download Ebook


7 Kelebihan ‘Powerful’ Pelaburan Hartanah Yang Jauh Lebih Baik Berbanding Mana-Mana Jenis Pelaburan Lain  

  1. Terbukti Boleh Melawan Inflasi Untuk Jangka Masa Panjang
  2. Anda Mampu Menikmati Pendapatan Sewa – Pendapatan Pasif
  3. Boleh Jadikan Cagaran Untuk ‘Emergency Case’
  4. Satu-Satunya Jenis Pelaburan Boleh Anda ‘Guna-pakai’
  5. Boleh Miliki Pada Kos Minima, Tapi Nilai Maksimum
  6. Boleh Dinaiktaraf Seterusnya Meningkatkan Nilai
  7. Sebagai Jaminan Hidup Masa Depan Lebih Tenang
Begitulah antara kelebihan-kelebihan ‘super-powerful’ yang saya berani jamin, tak kan anda dapat melalui mana-mana jenis pelaburan yang ada di Malaysia ini.

 “Kepakaran saya ialah membantu anda beli rumah
TANPA wang pendahuluan”

Begitulah kata sahabat saya iaitu Tuan Saufi Karim atau lebih dikenali sebagai SK. Beliau lah yang mengeluarkan ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Dengan ebook ini anda tidak perlu nak susah-susah keluarkan wang simpanan bertahun-tahun lamanya tu. Malah tidak mustahil untuk anda jimatkan wang anda sehingga RM20,000 ke RM100,000 dengan bimbingan SK!

Berikut adalah apa yang SK bongkarkan dalam E-Book Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Ini secara Eksklusif kepada anda...

  • Sebagai permulaan, anda akan didedahkan oleh ‘Kisah Benar’ pengalaman kisah kehidupan saya di luar negara, bagaimana saya bermula dengan pelaburan hartanah ini. Boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi khusus buat bakal pelabur hartanah baru seperti anda.
  • Pendedahan 7 jenis pelaburan yang terbaik boleh anda lakukan sendiri di Malaysia. Malah, anda boleh mulakannya terus pelaburan-pelaburan ini dengan mudah.
  • Penerangan jelas dan mudah untuk fahami terus apakah itu Aset dan Liabliti. Inilah 2 perkara penting WAJIB anda kuasai terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam pelaburan hartanah.
  • 7 objektif utama perlu anda tahu mengapa anda melabur dalam hartanah. Dengan menguasai dan mengetahui 7 objektif ini, minda akan akan lebih bersedia dan boleh dijadikan sebagai ‘mind-setting’ ke arah matlamat anda menjadi Jutawan Pelabur Hartanah.
  • Mengapa anda perlu lakukan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (PHTM), bukan pelaburan hartanah biasa-biasa yang memerlukan modal besar.
  • Dan banyak lagi. Anda boleh tengok maklumat lengkap di SINI

Dalam ebook “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal” SK, anda turut akan diberikan 7 Bab Tambahan sebagai Bonus PERCUMA.

Kesemuanya memang mengandungi informasi yang ‘panas lagi hangat’ untuk tujuan anda lebih berjaya menjalankan pelaburan hartanah tanpa modal ini.


Klik Sini Untuk Melihat Kesemua Bonus


Fuh, itulah dia pengisian secara keseluruhannya apa terkandung dalam E-Book Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Ini.

Cukup padat, lengkap dan komprehensif informasi di dalamnya bagi menyediakan diri anda untuk memulakan terus Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.


Daripada keseluruhan pembeli ebook ini, rata-rata menyatakan Sangat Berpuashati dan skor yang mereka bagi ialah 9/10.. Tinggi tu.

Cadangan saya, jika anda betul-betul hendak menceburi atau mempelajari ilmu pelaburan hartanah, Ebook ini sangat sesuai dan bagus sekali untuk anda. Ilmu yang diberikan sangat berguna dan tidak terdapat di tempat lain. Carilah di internet ni, takkan jumpa punya. Dengan pelaburan hanya RM50 anda akan mendapat ilmu yang bernilai berpuluh ribu malah ratusan ribu ringgit. Dapatkannya sebelum jualan ebook ini ditutup.

Klik banner di bawah untuk download ebook






 







9 Peluang Pelaburan Untuk Kita Buat Duit

Dunia ini penuh dengan risiko. Mahu tidak mahu kena kena ambil risiko tertentu supaya kita dapat melangkah ke hadapan.
Makan nasi pun adakalanya tergigit lidah atau tercekik tulang, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mahu makan langsung, bukan?

Justeru, berdasarkan 4 sebab kenapa kita perlu melabur kita perlu merancang pelaburan kita dengan bijak. Berikut adalah antara senarai peluang pelaburan yang ada di hadapan tuan dan puan:

1. Produk deposit bank
Dahulu yang popular adalah akaun pelaburan mudharabah. Hari ini bank-bank menawarkan structured investment product pula. Perbezaan utama keduanya adalah produk berstruktur ini cuba untuk bagi pulangan lebih dari biasa dari akaun pelaburan mudharabah. Kalau biasanya dapat 3%, maka produk berstruktur cuba dapatkan 6%. Secara umumnya, produk deposit yang ditawarkan oleh bank-bank adalah produk paling selamat dan paling rendah pulangannya.

2. Hartanah
Pelaburan hartanah disukai orang kerana ia wujud secara nyata. Kebanyakan orang tidak dapat memahami konsep ‘pelaburan kertas’ dengan baik jadi hartanah merupakan satu peluang yang sangat sesuai untuk mereka. Apa pun objektif pelaburan hartanah kita, pelaburan ini kurang bersifat ‘cair’. Kalau kita perlukan duit segera, maka kita tak dapat jual hari ini dan terus dapat duit.

3. Real Estate Investment Trust (REIT)
REIT dalam erti kata lain adalah pelaburan hartanah yang sama macam pelaburan saham amanah. Bezanya, REIT hanya membeli hartanah-hartanah sahaja.

4. Saham
Pelaburan yang paling popular. Hampir semua orang di Malaysia memiliki saham sama ada secara langsung atau tidak. Ya, jika kita mencarum KWSP itu bermaksud kita telah terlibat dengan pelaburan saham. Pencen pesara kerajaan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen juga terlibat dalam bursa saham.
Sehingga Jun 2011 Bursa Malaysia mengandungi 847 kaunter saham patuh Shariah yang mewakili 89% dari kesuluruhan kaunter.

5. Saham Amanah
Pelaburan saham yang dibuat dengan melantik pihak ketiga menguruskannya untuk kita. Ada pelbagai syarikat yang ada. Ada pelbagai jenis saham amanah.
Ya, setiap satu saham amanah adalah berbeza. Justeru, pelabur yang baik akan mengambil tahu dana saham amanah yang mereka beli itu sebenarnya melabur dalam saham yang bagaimana sifatnya. Kebaikan utama saham amanah adalah dengan modal yang rendah, kita sudah boleh terlibat.

6. Exchange Traded Fund (ETF)
Variasi saham amanah. Tidak begitu popular di Malaysia. Sehingga Jun 2011 cuma ada 5 kaunter ETF dan cuma 1 yang patuh Shariah.

7. Komoditi Fizikal
Pelaburan komoditi fizikal yang sedang popular ketika ini adalah emas dan perak. Mudah menjadi popular kerana ia melibatkan barang yang nyata. Komoditi fizikal ini lebih kepada aktiviti bisnes justeru tidak mempunyai peraturan yang ketat seperti ‘pelaburan kertas’. Oleh yang demikian, ramai pihak mengambil kesempatan menawarkan skim penipuan.
Ingat, pelaburan komoditi tidak memberikan dividen! Apa-apa skim pelaburan komoditi yang menawarkan dividen tetap adalah tanda pertama itu adalah skim penipuan.

8. Komoditi ‘kertas’
Bahasa teknikalnya adalah commodity futures market. Di Malaysia, yang popular adalah Crude Palm Oil Futures (FCPO) kerana ia adalah produk Bursa Malaysia sendiri. Dengan teknologi yang ada, ramai yang dapat terlibat dengan commidity futures yang ditawarkan oleh Chicago Mercantile Exchange (CME) misalnya.
Potensi pulangan yang lumayan, dan potensi kerugian yang menakutkan juga. Ho ho. Pergi jauh-jauh dari terlibat dengan produk sebegini kalau KWSP beri dividen rendah pun dah marah-marah, atau pelaburan saham amanah rugi sikit dah naik ‘tension’.

9. Derivatif selain komoditi ‘kertas’
Index futures, warrants dan options. Pasaran di Malaysia belum cukup matang, pelaburnya juga tidak begitu sophisticated. Jadi, produk sebegini juga kurang popular.

Tiada Pelaburan yang ‘Perfect’
Setiap satu produk pelaburan ada baik dan buruk. Tidak sempurna. Pasti ada untung rugi. Kena ada ilmu yang betul.
Walaupun berbeza jenis tapi prinsip pelaburan tetap sama.

Sumber - PakDi.Net

Tip Pelaburan Hartanah Untuk Mereka Yang Tidak Bergaji Tinggi



Bagaimana seorang yang berpendapatan serendah RM600 setiap bulan mampu berjaya didalam perniagaan hartanah? Jeng, jeng, jeng… saya pasti anda tertanya-tanya betul ke ni? atau saja bagi “title” gempak-gempak? hmm..

Jawapan saya, memang betul! dan saya akan tunjukkan caranya.
Sebelum ini mungkin ada diantara kita yang merasakan industri hartanah bukanlah untuk mereka, kerana orang yang berada didalam pelaburan ini adalah orang kaya dan paling-paling pun mereka bergaji lumayan sebab itu mereka mampu membeli rumah atau bungalow mahal-mahal. Ada pula yang mengatakan kalau nak berjaya dengan industri ini kita kena berjaya dulu, lepas tu baru lah melabur didalam hartanah. Ini bisnes orang kaya, orang yang cukup-cukup makan macam kita ni mana ada peluang kat sini.
Pada mulanya saya juga berpendapat begitu, tetapi setelah saya “ber-chating” dengan seorang usahawan dan pelabur hartanah wanita ini saya mula merangka strategi untuk mempraktiskannya. Pernah dengar kata-kata popular dibawah?;
“I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”
atau
“You have to think anyway, so why not think big?”
Jika anda pernah menonton siri “Apprentice”, pasti anda kenal Donald Trump, Kata-kata diatas banyak memberi inspirasi pada ramai usahawan untuk membina “mind set” usahawan yang cemerlang. Jadi bermula pada hari ini mulakan sesuatu yang kecil tetapi hasilnya akan menjadi sesuatu yang besar, biarlah ia mengambil 3,5 atau 10 tahun sekali pun. Yang penting anda dapat mencapainya.

Satu kes “study” dari seorang wanita biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan segalanya bermula pada akhir tahun 1998.
Pada waktu itu beliau mula memikirkan bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.

Bagaimana kak ros menabung? Mungkin ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung. Setiap hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00 sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 ringgit. Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 x 5 tahun = 31’500.00 ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan yang dirasakan berbaloi.

Dari pandangan beliau hanya hartanah sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.

Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.

Dari maklumat yang diberi, setiap ekor kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56’000.00. Keuntungan yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing. Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.

Jadi mulalah kak Ros dengan wang sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang kebanyakkannya disewa.

Segala penat lelahnya kini telah berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu. Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus berusaha itu harus diteladani.

“What? another success story?” biar betul nih!
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.
Semoga mendapat satu idea dan manfaat dari artikel ini. Insyaallah..
p/s: Terima kasih pada Kak ros yang sudi berkongsi kejayaan beliau dan teknik yang digunakannya.

Sumber - Drumah.com